Haqem.com Dulu Versus Kini

Haqem.com dulu dan kini. Ada beza ke? Sebelum aku story panjang lebar motif haqem.com aku buat pada 2015 sebenarnya nak ada bog/website sendiri dan nak kongsi fakta, tutorial dan sebagainya. Itu dulu punya kisah silam, dan sekarang motif ditubbuhkan haqem.com adalah nak jadikan haqem.com ni useful kepada semua orang.

Apa tools yang aku dah buat? Korang boleh check it out previous post Haqem.com kembali kini lebih menarik dan berwajah baharu. Now aku nak story about flashback haqem.com pada tahun 2015 lepas. Artikel ni agak panjang dan aku nak berterima kasih kat visitor yang sudi membaca sejarah haqem.com.

Ayuh mulakan, pada 16 Mei 2015 domain ini aku dah daftarkan tetapi hanya bertahan selama 1 tahun sahaja. Disebabkan kekurangan sumber kewangan pada masa tersebut. Almaklumlah baru berusia 16 tahun dan masih bersekolah.

Kemudian aku decide untuk terminate domain tersebut. Selepas tamat tarikh domain, dalam 6 bulan macam tu aku pun decide nak beli balik domain haqem.com ini. Aku pun pergilah kat domain registrar check available atau tak domain pilihan aku. Selepas check dia kata domain tu dah register.

Aku pun rasa menyesal tak renew dulu. Kemudian aku pun visit lah domain tersebut dan ia telahpun dilelong oleh sau company aku tak ingat nama dia, Aku pun email dorang tanya macam mana boleh saya dapatkan balik domain ini. Kemudian dorang email dan call aku bagitahu harga, aku pun terkejut beruk dengan harga dia. Kau rasa berapa? RM100? RM 400?

Malangnya bukan ya. Harga yang ditelah dibida adalah USD$15,000 seingat aku. Mak aih! Mahal gila, macam mana nak beli? Aku pun pasrahlah masatu. Boleh dikatakan hari-hari aku visit domain aku tu bila available untuk aku beli. Bayangkan engkau tengah tunggu girlfriend untuk suatu tempoh yang kau sendiri tak tahu.

Tahun seterusnya 2016, aku cakap dengan diri sendiri:

Aku tak boleh ni aku kena juga ada website/blog sendiri.

Kemudian aku pun beralih ke domain baru ccTLD which is “haqem.my” dan start blogging pada 2016 dari sana. Aku rasa best time tu blogging sebab dapat duit dan suka nak story something. Impian nak ada blog sendiri tercapai dan dalam masa sama aku masih bersedih sebab haqem.com masih not available. Entah macam mana 2018, aku terbuka domain haqem.com dan aku tengok blank page.

Time tu aku dah dapat rasa something, then aku check kat domain registrant dan results dia AVAILABLE TO REGISTER. Time tu hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu bertapa gembiranya aku. Kebetulan pula tarikh aku check tu adalah date birthday aku 29 November memang luck aku lah time tu.

Aku pun daftar lah semula domain ini pada 29 November 2018 pada harga USD$8.99. Aku pun tak tahu macam mana boleh available sedangkan domain tersebut telah dilelong kepada umum. Mungkin dorang rasa domain ni bukan domain premium.

Itu saja story flashback haqem.com yang agak sedih. HAHA. Nanti next time aku share lagi story dan pelbagai article menarik untuk korang, semoga ianya bermanfaat untuk semua.

— Haqem.com

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Terkini COVID-19: 5 Julai Sebanyak 6,387 Kes Baru Dicatatkan

Next Post

Shopee Jualan Pertengahan Tahun 7.7 Dengan Penghantaran PERCUMA

Ads Blocker Image Powered by Code Help Pro

Ads Blocker Detected

We have detected that you are using extensions to block ads. Please support us by disabling these ads blocker.

Total
0
Share