Kes harian COVID-19 pada 3 Julai 2021 merekodkan peningkatan sebanyak 6,658 kes aktif dalam tempoh 24 jam lepas.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara kepada 772,607. Negeri Selangor mencatatkan kes tertinggi sebanyak 3,047 kes, diikuti dengan Negeri Sembilan sebanyak 699 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 616 kes.
— Haqem.com