Web Analytics Made Easy -
    StatCounter
Skip to main content

Seorang lelaki Cameron Herrin, 21, yang viral di Tiktok kerana dipenjara 24 tahun pada usia muda kerana handsome dan mempunyai sepasang mata yang cantik dan hensem. Menjadi tanda tanya netizen kenapa Herrin dipenjara selama 24 tahun. Apa kesalahan yang telah dilakukan oleh beliau.

Herrin merupakan seorang pelumba jalanan di Florida, USA. Pada Mei 2018 Herrin bertanggungjawab atas kematian Jessica Reisinger-Raubenolt dan anak perempuannya, Lillia yang berusia satu tahun. Herrin yang berusia 18 tahun ketika itu keluar bersama rakannya John Barrineau untuk pergi ke gimnasium di daerah Tampa.

Pada ketika itu Herrin yang memandu kereta jenis Ford Mustang dan rakannya memandu kereta jenis Nissan secara berasing. Kedua-dua kereta berkenaan berhenti secara bersebelahan di lampu isyarat pagi itu. Reisinger-Raubenolt, yang membawa anak perempuannya dengan kereta sorong bayi, menyeberangi jalan di sepanjang Gandy Boulevard.

Kereta yang dipandu Barrineau sempat mengelak ibu dan anak perempuanya, malang bagi Herrin beliau telah melanggar dua beranak tersebut.Kereta yang dipandu Herrin itu bergerak pada kelajuan 160km/h (100mph) sebelum terjadinya kemalangan.

Herrin mengaku bersalah pada bulan December atas dua tuduhan pembunuhan sebelum dijatuhkan hukuman pada hari Khamis malam. Semasa hakim membacakan pertuduhan keatasnya Herrin terkejut dengan hukuman yang diterimanya iaitu selama 24 tahun.

— Haqem.com

[social_buttons nectar_love=”true” facebook=”true” twitter=”true” pinterest=”true” linkedin=”true” style=”hover”]

Haqem

Haqem

Writer at own blog

Leave a Reply