Terkini COVID-19: 6045 Kes Baru Dicatatkan

Coronavirus in world. Novel coronavirus 2019-nCoV. Concept of coronavirus with flag of Malaysia

Kes harian COVID-19 pada 4 Julai 2021 merekodkan penurunan sebanyak 6,064 kes aktif dalam tempoh 24 jam lepas.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara kepada 778,652. Negeri Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi sebanyak 2,262 kes, diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kekal sebanyak 616 kes dan Negeri Sembilan menurun kepada 531 kes.

Setakat 3 Julai, penerima vaksin dos 1 sebanyak 6,261,014 dan dos 2 sebanyak 2,539,686 telah diberikan kepada rakyat Malaysia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin adalah 8,800,700. Daftar untuk mendapatkan vaksin di www.vaksincovid.gov.my dan aplikasi MySejahtera.

— Haqem.com

Exit mobile version