Terkini COVID19: 6 Julai 7,654 Kes Aktif, Selangor Kekal yang Tertinggi

Coronavirus in world. Novel coronavirus 2019-nCoV. Concept of coronavirus with flag of Malaysia

Kes harian COVID-19 pada 6 Julai 2021 merekodkan peningkatan sebanyak 7,654 kes aktif dalam tempoh 24 jam lepas.

Menurut laman Twitter Rasmi KKM, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara kepada 792,693. Negeri Selangor menjadi antara negeri yang mencatatkan kes tertinggi sebanyak 3,260  kes, diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meningkat sebanyak 1,550 kes dan Negeri Sembilan meningkat kepada 698 kes aktif.

Setakat 5 Julai 11:59 malam, penerima vaksin dos 1 sebanyak 6,585,002 dan dos 2 sebanyak 2,735,474 telah diberikan kepada rakyat Malaysia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin adalah 9,320,476. Daftar untuk mendapatkan vaksin di www.vaksincovid.gov.my dan aplikasi MySejahtera.

— Haqem.com

Exit mobile version