Selesai Vaksin Dos 1 – Pening Kepala, Demam, Lesu Badan Ada Ke?

Harini 7 Julai 2021 janjitemu untuk Dos 1 vaksin berjalan lancar untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada jam 10 pagi di PPV Mewah Club Kajang. Proses yang mudah cepat tak sakit pun. Betul ke ada simptom yang teruk selepas ambil vaksin?

Untuk aku selepas ambil vaksin tiada simptom yang teruk, cuma dibahagian injection tu rasa panas dalam, dan lenguh saja. Boleh pilih vaksin ke? Kepada yang daftar untuk Vaksin AstraZennica korang akan dapat vaksin tersebut, kalau daftar melalui MySejahtera korang akan dapat samaada Sinovac atau Pfizer. Pilihan jenis vaksin tidak dibuka untuk anda, ia tertakluk kepada stok ada, macam aku dekat PPV Mewah Club Kajang aku dapat vaksin jenis SinoVac.

Alhamdulillah tiada yang teruk setakat ni. Nanti aku akan follow-up article selepas 24 jam dan 48 jam seterusnya.

Proses Bila Sampai di Pusat Pemberian Vaksin

Bila sampai saja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) korang kena scan MySejahtera. Seterusnya petugas PPV akan bagi satu borang kat korang untuk isi, masukkan details yang diperlukan. Selesai korang mengisi borang, pergi ke kaunter 2 untuk scan MySejahtera buat kali ke 2.

Scan MySejahtera bukan dibahagian check-in tapi di vaccination “Click here to scan vaccination location OR when you arrive“. Kemudian dikaunter 3 korang akan jumpa dengan doktor untuk buat declaration samaada korang ada alahan ubat, dan sebagainya. Selepas ni korang akan proceed untuk vaccine injection. Tak lama pun, dan tiada apa yang perlu ditakutkan.

Selepas divaksin korang akan ke kaunter terakhir untuk membuat janjitemu dos 2 pula. Macam aku 1008 HRS dah settle semua dan korang dibenarkan keluar dari PPV selepas 10-15 minit. Proses yang mudah dan cepat. Korang juga digalakkan untuk membawa powerbank jika bateri phone korang jenis cepat habis, dan mempunyai data internet yang aktif bagi memudahkan proses scan MySejahtera.

Kepada korang yang belum daftar untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, digalakan untuk mendaftar supaya kita dapat jalani kehidupan seperti dahulu.

For my update after 24 hours aku akan update apa yang jadi.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Terkini COVID19: 6 Julai 7,654 Kes Aktif, Selangor Kekal yang Tertinggi

Next Post

Ketahui Negara Pengeluar Vaksin Yang Korang Dapat

Related Posts
Ads Blocker Image Powered by Code Help Pro

Ads Blocker Detected

We have detected that you are using extensions to block ads. Please support us by disabling these ads blocker.

Total
0
Share