Ads Blocker Image Powered by Code Help Pro

Ads Blocker Detected

We have detected that you are using extensions to block ads. Please support us by disabling these ads blocker.

Ketahui Negara Pengeluar Vaksin Yang Korang Dapat

Masih ragu-ragu nak ambil vaksin? Kenapa kerajaan mewajibkan semua ambil vaksin. Menurut laman MySejahtera, “vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19. Apabila semakin ramai orang mendapat vaksinasi, semakin ramai penduduk membentuk antibodi dan seterusnya mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk. Secara tidak langsung ia boleh melindungi golongan yang berisiko yang tidak layak menerima vaksinasi.”

Untuk melakukan semakan pertama sekali anda mestilah sudah lengkap mengambil Vaksin sekurang-kurangnya Dos 1. Seterusnya kena buka aplikasi MySejahtera, dibahagian Profile scroll dibahagian bawah sekali dan anda akan lihat COVID-19 Vaccination.

Disitu akan terpapar Nama, NRIC, dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) anda. Copy anda punya nombor “Batch”, visit ke National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) website dan cari berdasarkan nombor batch yang telah korang copy tadi. Setelah jumpa korang boleh download file tersebut dan akan kelihatan seperti di bawah.

Seperti contoh diatas Vaksin jenis Pfizer adalah dibuat oleh Pfizer Manufacturing Belgium NV, oleh negara Belgium. Banyak lagi jensi vaksin seperti AstraZenneca, SinoVac dan Pfizer yang anda boleh dapatkan di website NPRA.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda, jangan lupa untuk kongsikan kepada keluarga, dan rakan-rakan anda. Bagi anda yang belum mendaftar untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, anda boleh mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera dan di www.vaksincovid.gov.my.

— Haqem.com

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Selesai Vaksin Dos 1 – Pening Kepala, Demam, Lesu Badan Ada Ke?

Next Post

Terkini COVID-19: Lebih 7,000 Kes Aktif Dalam Tempoh 24 Jam

Related Posts
Total
0
Share