Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seluruh daerah Seremban akan dikenakan PKPD berkuatkuasa 9 Julai ini melibatkan lapan mukim iaitu mukim Ampangan, Labu, Lenggeng, Pantai, Rantau, Rasah, Seremban dan Setul.
Hasil pemantauan yang telah dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati, daerah ini mencatatkan peningkatan kes dan setakat 4 Julai 2021, sebanyak 5,504 kes aktif telahpun direkodkan di lokaliti ini. Pada masa sama, KKM juga mengesahkan penularan kes masih berlaku dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti ini sekali gus memerlukan kaedah pemutusan jangkitan dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.
Pelaksanaan PKPD ini untuk mengawal pergerakan penduduk di kesemua mukim yang terlibat serta mengekang penularan COVID-19. Dalam pada itu, turut dikenakan PKPD ialah enam lokaliti di Sabah serta masing-masing satu lokaliti di Pahang, Johor dan Kelantan.
— Haqem.com