Terkini COVID-19: 8 Julai Merekodkan Angka Yang Tertinggi 8,868 Kes Aktif

Kes harian COVID-19 pada 8 Julai 2021 merekodkan angka yang tertinggi 8,868 kes aktif dalam tempoh 24 jam lepas.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara kepada 808,658. Negeri Selangor antara yang merekodkan kes tertinggi sebanyak 4,152 kes, diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 1,133 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 897 kes.

Setakat 7 Julai, sebanyak 375,842 vaksin telah diberikan. Pemberian vaksin dos 1 sebanyak 207,795 dan dos 2 sebanyak 168,047 telah diberikan kepada rakyat Malaysia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin adalah 10,036,361. Daftar untuk mendapatkan vaksin di www.vaksincovid.gov.my dan aplikasi MySejahtera.

— Haqem.com

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Seluruh Daerah Seremban Dikenakan PKPD Bermula 9 Julai

Next Post

Terkini COVID-19: 9 Julai Mencatatkan Kes Melebihi 9,000 Dalam Masa 24 Jam

Related Posts
Total
0
Share