Kes harian COVID-19 pada 9 Julai 2021 merekodkan peningkatan melebihi 9,000 kes aktif dalam tempoh 24 jam lepas. Ini antara kes tertinggi semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes harian adalah sebanyak 9,180 kes aktif, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara kepada 817,838 Negeri Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi sebanyak 4,400 kes, diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kekal sebanyak 1,271 kes dan Negeri Sembilan kepada 899 kes.
Setakat 8 Julai, penerima vaksin dos 1 sebanyak 7,222,481 dan dos 2 sebanyak 3,190,789 telah diberikan kepada rakyat Malaysia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin adalah 10,413,270. Daftar untuk mendapatkan vaksin di www.vaksincovid.gov.my dan aplikasi MySejahtera.
— Haqem.com