Beli durian melalui Shopee tak perlu risau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kami hantar untuk anda. Mulai Sabtu ini 10 Julai 2021 Durian e-Fiesta anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Shopee kembali untuk tahun kedua.
Diskaun sehingga 50% untuk durian semua durian
Durian E-Fiesta menawarkan pelbagai tawaran menarik termasuk baucar diskaun sehingga 50%, diskaun RM 15 dengan perbelanjaan minimum RM 60 serta diskaun RM 30 dengan perbelanjaan minimum RM100 yang boleh digunakan menerusi laman mikro eFAMAPLACE.
Pelbagai jenis durian popular ditawarkan seperti Musang King, Udang Merah, XO, D101 dan durian kampung.
Selain itu, eFAMAPLACE di Shopee juga akan mengadakan Shocking Sale setiap hari dari 4 hingga 31 Julai ini dengan menyaksikan durian musang king, D24 dan durian kampung dijual daripada harga serendah 77 sen pada pukul 12 tengah malam setiap hari dalam kuantiti terhad.
Durian yang dibeli melalui platform Shopee dilindungi oleh polisi Jaminan Shopee dan pengguna boleh membeli durian tanpa rasa bimbang. Pengurus Kanan (Pemasaran) Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, polisi tersebut akan memastikan bahawa Shopee memegang pembayaran secara escrow sehingga pembeli memastikan barangan yang diterima adalah tulen dan berada dalam keadaan baik sebelum bayaran dilepaskan kepada penjual.
Sekiranya pengguna mendapat durian yang berlainan atau rosak, pengguna boleh mendapat pemulangan bayaran sepantas 15 minit jika pembayaran dibuat menggunakan ShopeePay.
Pembelian boleh dilakukan di laman mikro eFAMAPLACE di Shopee. Dapatkan segera sebelum terlambat.
— Haqem.com