Web Analytics Made Easy -
    StatCounter
Skip to main content

Kes harian COVID-19 pada 10 Julai 2021 merekodkan sebanyak 9,353 kes aktif dalam tempoh 24 jam lepas. Dengan peningkatan yang mendadak di Melaka.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan jumlah 4,277 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 1,398 kes. Manakala Melaka mencatatkan peningkatan kes sebanyak 835 kes berbanding 222 kes semalam.

Ini menjadikan kes kumulatif setakat ini pada Sabtu sebanyak 827,191 kes. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan sebanyak 337,478 dos diberikan melibatkan 213,396 adalah menerima dos 1 dan 124,082 adalah penerima dos 2. Daftar untuk mendapatkan vaksin di www.vaksincovid.gov.my dan aplikasi MySejahtera.

— Haqem.com

[social_buttons nectar_love=”true” facebook=”true” twitter=”true” pinterest=”true” linkedin=”true” style=”hover”]

Haqem

Haqem

Writer at own blog

Leave a Reply