Web Analytics Made Easy -
    StatCounter
Skip to main content

Kes harian COVID-19 pada 11 Julai 2021 kekal mencatatkan kes melebihi 9,000 iaitu sebanyak 9,105 kes aktif. Ini menjadikan kumulatif kes di Malaysia sebanyak 836,296.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatatkan peningkatan kes tertinggi sebanyak 4,682 kes, diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 1,247 kes, Negeri Sembilan menurun kepada 541 kes manakala bagi Melaka mencatatkan penurunan kepada 278 kes berbanding semalam 835 kes.

Setakat 10 Julai 11:59, penerima vaksin dos 1 sebanyak 213,971 dan dos 2 sebanyak 110,774 telah diberikan kepada rakyat Malaysia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin dos 1 dan dos 2 adalah 11,075,493. Daftar untuk mendapatkan vaksin di www.vaksincovid.gov.my dan aplikasi MySejahtera.

— Haqem.com

[social_buttons nectar_love=”true” facebook=”true” twitter=”true” pinterest=”true” linkedin=”true” style=”hover”]

Haqem

Haqem

Writer at own blog

Leave a Reply