Web Analytics Made Easy -
    StatCounter
Skip to main content

Arab Saudi kini membenarkan penerima vaksin SinoVac keluaran China untuk memasuki negara itu untuk menunaikan Haji dan Umrah.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, menerusi satu ciapan di Facebook Beliau berkongsi garis panduan dari kementerian kesihatan Arab Saudi, yang antara lain menyenaraikan vaksin SinoVac dan Sinopharm sebagai antara enam jenis vaksin yang diiktiraf negara monarki itu.

Antara vaksin lain yang diiktiraf negara itu adalah Pfizer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca dan Janssen. Sinovac adalah atara tiga vaksin yang digunakan Malaysia di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Alhamdulillah, Arab Saudi menyenaraikan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.

“Sampaikan (keputusan itu) kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang katanya dalam kenyataan di Facebook.

— Haqem.com

Haqem

Haqem

Writer at own blog

Leave a Reply