Web Analytics Made Easy -
    StatCounter
Skip to main content

Pertama kali Malaysia mencatatkan sejarah kes tertinggi sepanjang COVID-19 melanda dunia dengan jumlah 11,079 kes dan sebanyak 125 kematian..

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor menjadi negeri tertinggi mencatatkan kes baharu iaitu 5,263 kes. Diikuti Kuala Lumpur sebanyak 1,521 kes, Negeri Sembilan 1,033 kes, Kedah 497 kes, Sarawak 472 kes, Johor 406 kes, Perak 329 kes, Melaka 323 kes, Pahang 321 kes, Sabah 239 kes, Pulau Pinang 234 kes dan Kelantan 211 kes.

Sehingga kini, terdapat 96,236 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di negara ini dan daripada jumlah berkenaan 972 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 456 kes masih memerlukan alat bantuan pernafasan, ini menjadikan keseluruhan kes dalam negara kepada 855,949 kes.

— Haqem.com

Haqem

Haqem

Writer at own blog

Leave a Reply