Harini Twitter telah mengumumkan dimana mereka akan menamatkan fungsi Fleets pada 3 Ogos 2021 ini. Pada November 2020 Fleets diperkenalkan kepada dunia membolehkan pengguna menyiarkan gambar, video, dan reaksi kepada tweet yang akan hilang dalam tempoh 24 jam. Fleets hadir beberapa tahun selepas oleh Snapchat dan Facebook.
“Kami berharap Fleets dapat membantu lebih banyak orang berasa selesa untuk menyertai perbualan di Twitter,” kata Twitter kepada Haqem.com. Twitter mengatakan tiada peningkatan penggunaan fungsi Fleet tersebut sejak ia dilancarkan dan tidak mencapai apa yang diinginkan.
Sebaliknya Twitter bercadang untuk menamatkan fungsi Fleet tersebut dan sesuatu yang baru akan hadir di Twitter. Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan fungsi Space yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan pengguna lain seperti Clubhouse.
— Haqem.com