Web Analytics Made Easy -
    StatCounter
Skip to main content

Sejak 3 hari kebelakangan ini Malaysia mencatatkan kes melebih 10,000 dengan jumlah 13,215 kes aktif untuk 15 Julai 2021. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 880,782 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Negeri Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi sebanyak 6,120 kes, diikuti dengan Negeri Sembilan dengan 1,603 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 1,499 kes dan Kedah kepada 695 kes.

Johor merekodkan sebanyak 599 kes, Pulau Pinang dengan 509 kes, Melaka dengan 484 kes, Sabah dengan 370 kes, Sarawak dengan 363 kes ,Perak dengan 344 kes, Kelantan dengan 255 kes, dan Pahang dengan 222 kes. Terengganu, WP Labuan, WP Putrajaya, dan Perlis masing-masing mencatatkan kes dibawah angka 100 kes.

Setakat 14 Julai, penerima vaksin dos 1 sebanyak 279,938 dan dos 2 sebanyak 154,890 telah diberikan kepada rakyat Malaysia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin adalah 12,647,558. Daftar untuk mendapatkan vaksin di www.vaksincovid.gov.my dan aplikasi MySejahtera.

— Haqem.com

[social_buttons nectar_love=”true” facebook=”true” twitter=”true” pinterest=”true” linkedin=”true” style=”hover”]

Haqem

Haqem

Writer at own blog

Leave a Reply