PPV Akan Beroperasi 24 Jam Di Selangor Bagi Mempercepatkan Proses Vaksinasi

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan beroperasi 24 Jam di Selangor dan Kuala Lumpur serta Seremban bagi mempercepatkan proses vaksinasi, kata Menteri Kesihatan, Adham Baba. Inisiatif itu bagi meningkatkan vaksinasi di kawasan berkenaan, katanya pada sidang media.

Beliau turut mengatakan bahawa kerajaan pusat akan membenarkan klinik-klinik tempatan untuk memberikan suntikan vaksinasi COVID-19 kepada mana-mana rakyat Malaysia yang berumur 60 tahun dan keatas, khususnya kawasan yang dilihat mencatatkan jumlah kes positif yang tinggi.

Sementara itu, Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) akan dibangunkan secara maya dalam masa terdekat bagi kes Covid-19 yang bergejala ringan dan yang tidak bergejala. Pengarah Bersama Pasukan Pengurusan Projek Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), Dr Chong Chee Keong berkata, dengan ada CAC maya, orang ramai tidak perlu ke CAC secara fizikal.

— Haqem.com

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Terkini COVID-19: 15 Julai Malaysia Terus Mencatatkan Peningkatan Kes Sebanyak 13,213

Next Post

Kini Anda Boleh ‘walk-in’ Untuk Mendapatkan Suntikan Vaksin

Related Posts
Ads Blocker Image Powered by Code Help Pro

Ads Blocker Detected

We have detected that you are using extensions to block ads. Please support us by disabling these ads blocker.

Total
0
Share