Fara Fauzana Kembali ke Hot FM Setelah 5 Tahun Berehat

Fara Fauzana memulakan kembali tugas sebagai penyampai radio Hot FM. Sebentar tadi pihak Hot FM telah membuat kejutan mengenai pembaharuan yang akan dilakukan oleh mereka sebelum mengumumkannya secara rasmi pada 2 Ogos kelak.

Menurut pegurusan Hot FM, ia mengambil kira keputusan perbincangan bersama serta komen yang diberikan oleh para pendengar stesen radio itu bersetuju untuk mengekalkan gandingan AG dan Fad Bocey sebagai penyampai radio bagi slot pagi Hot FM.

Fad dan AG telah dimaklumkan dimana mereka akan digandingkan dengan seorang lagi penyampai radio yang tidak diketahui oleh mereka. Siapa sangka setelah 5 tahun berehat Fara Fauzana kini kembali melengkapkan segmen pagi di stesen radio Hot FM.

Rata-rata komen pendengar setia Hot FM meluahkan rasa gembira dan teruja apabila Fara yang juga dikenali sebagai Fafau kembali menggalas tugas sebagai penyampai radio.

Menurut Murai.my Fara sebelum ini telah bersama Hot FM selama 10 tahun sebelum mengambil keputusan untuk mengundur diri pada 2016 bagi menumpukan perhatian terhadap kerjaya peribadi yang lebih meluas dalam bidang pengacaraan.

Dengarkan gandingan Fad, AG, dan Fafau di YouTube Hot TV atau 97.6 FM di Lembah Klang.

Senarai Frekuensi Hot FM

— Haqem.com

Exit mobile version