Web Analytics Made Easy -
    StatCounter
Skip to main content

Kes harian COVID-19 di Malaysia menunjukkan peningkatan yang membimbangkan dari hari ke hari, dalam tempoh 24 jam yang lepas Malaysia mencatatkan kes aktif sebanyak 19,819 kes baharu direkodkan, sekali gus menjadikannya paling tinggi dalam sejarah sejak pandemik ini melanda Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor masih terus merekodkan kes harian tinggi iaitu sebanyak 8,377 kes diikuti Kuala Lumpur 2,467 kes dan Kedah 1,371 kes.

Selain itu, Johor mencatatkan 1,162 kes, Kelantan 1,003 kes, Sabah 949 kes, Pulau Pinang 867 kes, Negeri Sembilan 800 kes, Perak 662 kes, Sarawak 552 kes, Melaka 508 kes, dan Terengganu 481 kes. Manakala bagi Putrajaya, Perlis, dan Labuan masing masing mencatatkan kes dibawah 100.

Ini menjadikan keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,183,110  .

— Haqem.com

Haqem

Haqem

Writer at own blog

Leave a Reply