Astro mengumumkan tema #KitaTeguhBersama mendasari kempen Hari Kemerdekaan pada tahun ini, sejajar dengan sambutan ulangtahun ke-25 berkhidmat untuk rakyat Malaysia. Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa setia bersama, Astro bakal melancarkan ‘Astro 25’ di Saluran 100, yang menyajikan program-program hiburan istimewa tempatan dan serantau, judul-judul terkini, filem-filem pecah panggung, dan seleksi dokumentari dari 16 Ogos hingga 3 Oktober 2021 di Astro TV, On Demand dan Astro GO.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan, berkata, “Ini merupakan Hari Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan yang teramat istimewa buat kami, dan tema yang diangkat pula, #KitaTeguhBersama membawa maksud kita adalah lebih kuat dan baik bersama. Ia mencerminkan segala nilai yang kita nampak di kalangan rakyat Malaysia dan boleh dijadikan asas utama untuk kita kembali bersatu padu, baik semula dan berkembang di saat-saat sukar ini.”
Tambah Tan lagi, “Tahun ini Astro berusia 25 tahun dan kami akan terus komited dalam usaha menyajikan rakyat Malaysia dengan seleksi kandungan yang penuh variasi, menggabungkan perkhidmatan-perkhidmatan penstriman terhebat seperti Astro GO, Disney+ Hotstar, HBO Go, iQIYI dan akan datang, Netflix. Kami akan terus mencipta tanda aras baharu dalam menerbitkan program-program tempatan terbaik dan rancangan siaran langsung demi menghiburkan rakyat Malaysia.
Pelbagai dokumentari menarik seperti Tanah Tumpahnya Darah Kita, We Are No Different, Journey To Stardom, dan banyak lagi boleh ditonton di Astro channel 100, On Demand dan Astro GO.
— Haqem.com