Web Analytics Made Easy -
    StatCounter
Skip to main content

Salam dan hai 10k! Haqem.com kini berwajah baharu dengan pelbagai fungsi dan services berguna untuk anda. Fokus haqem.com sebenarnya adalah untuk menjadikan ianya berguna kepada semua users. Alhamdulillah kini fokus telah hampir mencapai sasaran.

Jom selami dalam! Haha macam lagu pula. Untuk posting pengenalan ini aku akan pakai bahasa rojak, gelaran diri Haqem juga boleh dikatakan agak kasar “aku”, pengalaman membaca terbaik dan gunakan bukan bahasa baku.

Antara servis dan tools yang aku dah buat since 2018 adalah seperti dibawah:

  • Domain Names Services
  • CGPA Calculator for IPT
  • Video On Demand
  • IP Address checker
  • Weather checker

Itu adalah 5 servis yang aku dah buat. Jom kita explore apa sebenarnya fungsi-fungsi Tools & Services diatas tu.

#1 Domain Name Services

Perkhidmatan Domain Name Services adalah sebuah portal yang dipercayai untuk mendaftar nama domain TLD yang beralamat di https://my.haqem.com/ dan dijaga oleh Haqem dan beberapa team lain. Apa domain boleh buat? Korang boleh guna untuk buat website contoh namaanda.com dan paling best ada email sendiri seperti [email protected] baru nampak professional.

Kalau korang teringin nak nama domain boleh daftar di portal tersebut guna kod promosi ‘CASHBACK15’ bernilai RM15.

#2 CGPA Calculator for IPT

Tools yang aku cipta ini berguna untuk pelajar-pelajar IPTA dan IPTS di Malaysia. Ianya untuk merancang GPA yang korang impikan. Boleh akses secara percuma di https://haqem.com/ipt.

Sebagai contoh pada semester 1 korang dapat GPA 3.69 dan di semester 2 korang boleh rancang setiap subjek berapa pointer yang diperlukan untuk capai sasaran CGPA yang diimpikan. Semua skema permarkahan diambil dari Institusi berkaitan dan di update setiap 6 bulan.

#3 Video On Demand

Sebuah laman Video On Demand (VOD) dimana korang boleh menonton TV secara atas talian di https://haqem.com/vod. Aku buat ni sebab feeling-feeling ada VOD sendiri. HAHA! Untuk VOD sumber yang aku dapat dari IPTV Org di Github. Walaupun ada lebih 10 ribu channel public aku juga ada shortlist kan channel-channel di Asia Tenggara di https://github.com/haqem/iptv-malaysia.

#4 IP Address Checker & Weather Checker

Untuk IP Address checker dan Weather checker masih belum stabil untuk aku release kan.

Selain itu, Haqem.com juga aku buat untuk aku story pasal diri aku, sedikit news, entertainment, info, tips, dan tutorial yang bermanfaat untuk korang.

Aku rasa sampai sini saja untuk artikel pengenalan, nanti next aku story pasal sejarah haqem.com boleh dikatakan agak sedih dan mengecewakan. Semoga segala perkongsian ini bermanfaat.

— Haqem.com

[social_buttons nectar_love=”true” facebook=”true” twitter=”true” pinterest=”true” linkedin=”true” style=”hover”]

Haqem

Haqem

Writer at own blog

Leave a Reply